
Setiap berita tentang kasus Ariel pasti diberi tajuk 'Kes Peterporn' . Meski pemberitaan tentang Ariel hanya sekilas saja, namun tajuk plesetan ini mengundang banyak pengunjung situs online terbesar di Malaysia itu.
Berikut Sejumlah Update berita Utusan.com.my
Kes Peterporn: Ariel dihukum penjara 3 tahun 6 bulan
31/01/2011 12:52pm
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
BANDUNG 31 Jan. – Penyanyi Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham dihukum penjara tiga tahun enam bulan kerana tuduhan penerbitan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari. – Utusan
Keputusan kes Skandal Peterporn hari ini
31/01/2011 11:15am
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
BANDUNG 31 Jan. - Keputusan terhadap kes penerbitan video porno yang melibatkan penyanyi utama Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel akan diputuskan pagi ini di Mahkamah Keadilan Negeri di sini hari ini.
Peguam bela Ariel, Afrian Bondjol yakin anak guamnya itu bakal bebas daripada sebarang hukuman. Kata Afrian, sehingga ke saat ini, tidak ada bukti yang boleh mengaitkan Ariel ke dalam kes yang mendapat meluas media tempatan dan antarabangsa. - Utusan
Kes Peterporn: Luna hadir beri sokongan untuk Ariel
31/01/2011 11:41am
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
BANDUNG 31 Jan. _ Artis terkenal Indonesia, Luna Maya yang turut dikaitkan dalam kes penerbitan video porno yang melibatkan penyanyi utama Peterpan, Ariel hadir ke Mahkamah Keadilan Negeri di sini untuk memberi sokongan terhadap kekasihnya itu.
Luna berada di sisi Ariel yang ditempatkan di sel penjara di belakang bangunan utama mahkamah.
Personaliti popular itu yang berkaca mata hitam turut dilihat saling menggenggam tangan dengan Ariel. Sesekali pasangan itu berbisik antara satu lama lain. Turut hadir memberi sokongan kepada Arie ialah penyanyi veteran, Titiek Puspa. - Utusan
Pic detikhot
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih telah memberi komentar.